← Back to list
Tarif air dijangka naik tahun depan.
Nov 14, 2019
Tarif air dijangka naik apabila Mekanisme Penetapan Tarif Air, TSM yang baru dilaksanakan tahun depan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata kenaikan itu bergantung kepada penggunaan air bagi setiap isi rumah.

Pelarasan tarif yang dicadangkan katanya adalah minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 7 hingga 70 sen bagi setiap 1,000 liter.
Seorang penuntut ditahan susulan isu tajuk kontroversi pertandingan debat.
Seorang penuntut universiti awam ditahan susulan tajuk kontroversi pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019, bulan lalu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan berkata penuntut yang berperanan sebagai ketua hakim pertandingan itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Tajuk debat itu menimbulkan kontroversi kerana menyentuh sensitiviti agama Islam.
Kira kira 12,000 remaja di Selangor tidak dapat meneruskan pelajaran di peringkat sekolah.
Menteri Besar berkata lebih 11,000 daripadanya melibatkan pelajar sekolah menengah dan selebihnya murid sekolah rendah.

Antara sebabnya termasuklah tidak minat belajar, terpaksa bekerja untuk sara hidup, masalah keluarga dan sudah berkahwin.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca