← Back to list
Kerajaan Tak Jadi Jual Lebuhraya PLUS
Jan 16, 2020
Kerajaan ambil keputusan untuk tidak menjual Projek Lebuhraya Utara Selatan.
Menurut Perdana Menteri, tempoh konsesi tol itu akan disambung selama 20 tahun dengan kadar diskaun tol ditetapkan sebanyak 18 peratus bermula tahun ini.

Khazanah dan KWSP dikekalkan sebagai pemegang kepentingan terbesar PLUS.
Bukit Aman Datang SPRM Putrajaya
Sepuluh pegawai polis dari Bukit Aman hadir ke SPRM Putrajaya untuk rakam keterangan Ketua Pesuruhjaya, Latheefa Koya.

Ini selepas, SPRM dedahkan rakaman audio sekurang-kurangnya 19 individu berprofil tinggi dipercayai terlibat dengan kes jenayah peringkat tertinggi.
Semua rakaman percakapan yang didedahkan itu dipercayai berlaku pada 2016.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca