← Back to list
Tiada Tarikh Tetap Peralihan Kuasa
Feb 22, 2020
Tiada Tarikh Tetap Peralihan Kuasa

Tiada tarikh ditetapkan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad serah jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.
Keputusan sebulat suara itu diumumkan sendiri oleh Tun M selepas selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menegaskan beliau tetap bersabar untuk tunggu giliran diangkat sebagai PM ke-8.
10 Juta Penutup Hidung & Mulut Akan Ada di Pasaran
10 juta penutup hidung dan mulut akan mula dibekalkan pengeluar dalam tempoh seminggu di seluruh negara.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia bagi penuhi permintaan pengguna susulan penularan COVID-19.

Kementerian juga memaklumkan, 23 kes babit kesalahan penjualan penutup hidung dan mulut direkodkan termasuk menjualnya melebihi harga kawalan.
Qari OKU Menang Tilawah Al-Quran Kebangsaan
Peserta OKU penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobatkan johan qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Puteri Kalimatul Azzua Hamid dari Perak pula dinobatkan sebagai johan qariah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca