Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Tumpuan Negara Kini Terarah Kepada Pengumuman Penting Istana Negara.

Feb 27, 2020


Tumpuan negara kini terarah kepada pengumuman penting yang bakal dibuat oleh Istana Negara dalam masa terdekat.

Ini selepas Yang di Pertuan Agong selesai menerima menghadap hampir kesemua 221 Ahli Parlimen semalam.

Hanya Ahli Parlimen Padang Rengas, Dato' Sri Mohamed Nazri Aziz dilapor tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian beritahu kami, Al-Sultan Abdullah akan membuat keputusan yang sewajarnya.

"Saya percaya, baginda akan mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, memulihkan semula keyakinan dan keadaan yang lebih menguntungkan untuk kerajaan, negara dan warganya"

Sesi menghadap baginda bermula pada Selasa selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sehari sebelumnya.

Baginda kemudian berkenan melantik Tun M sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan PM baru.

Sementara itu, Prof Dr Sivamurugan juga berpendapat, penubuhan kerajaan campuran bukan mudah dan terdapat cabaran yang perlu dilalui jika ia dilaksanakan.

"Bagaimana dengan struktur parti yang pernah disokong secara majoriti semasa PRU lepas, apakah mereka akan diminta untuk turut menyumbang kepada kerajaan pimpinan Tun Mahathir atau usaha berterusan mendesak pembubaran parlimen"

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam tampil menyampaikan Perutusan Khas susulan kekalutan politik yang melanda negara.

Dalam ucapannya itu Tun M memohon untuk diizinkan agar dapat mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us