← Back to list
126 ribu individu bakal terima suntikan vaksin COVID-19 sehari
Feb 14, 2021

Kira-kira 126 ribu individu dijangka akan terima suntikan vaksin COVID-19 sehari.
Menteri Kesihatan berkata ia ekoran pelaksanaan Pelan Imunisasi Kebangsaan yang akan bermula 26 Februari ini.
Tambah Datuk Seri Dr Adham Baba sebanyak 600 lokasi vaksinasi disediakan di seluruh negara.
Pelan Imunisasi fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan dan beberapa sektor tertentu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Wilayah Persekutuan berpendapat golongan berisiko dan B40 di kawasan berkepadatan tinggi perlu diberi keutamaan menerima vaksin COVID-19.
Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung cadangan tersebut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca