DISKUSI DIGITAL 2023 : KENDERAAN ELEKTRIK
Pendidikan
Tarikh : 09 May 2023
Hari : Selasa
Lokasi : Youtube PNM TV Channel
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi –12.00 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : Norzehan Razali
Nombor Telefon : 03-26871781
Email : webmaster@pnm.gov.my
Laman Web: https://www.pnm.gov.my/
Harga Tiket : Percuma
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Program Diskusi Digital@PNM 2023 yang akan membincangkan topik yang menarik mengenai Kenderaan Elektrik, Pengenalan dan Penerimaannya di Malaysia pada 9 Mei 2023 (Selasa), bermula jam 10.00 pagi –12.00 tengah hari secara langsung di saluran Youtube PNM TV Channel.
Semua dijemput menyertainya.
Untuk maklumat lanjut ikut Facebook rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my
Karnival Kerjaya & Keusahawanan UITM Cawangan Selangor 2023
Karnival
Tarikh : 13 May 2023 -20 May 2023
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Dewan Serba Guna PFI & Kawasan Sekitar UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam
Target Penonton : Umum
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Individu Untuk Dihubungi : NUR ATHIRAH BINTI AMRAN
Nombor Telefon : 0176039227
Email : 2022616348@student.uitm.edu.my
Laman Web: https://instagram.com/uitmselangor.official?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Harga Tiket : Percuma
🎪Karnival Kerjaya & Keusahawanan UiTM Cawangan Selangor 2023 (K2K UCS)🎪
~Merebut peluang mendapatkan penempatan pekerjaan & latihan industri 🔝
~Meningkatkan persediaan menuju alam pekerjaan serta ilmu keusahawanan melalui perkongsian pakar bersama pihak majikan & industri 👨🏻💼
🔊▶️ Pelbagai aktiviti kerjaya dan keusahawanan yang menarik menanti anda sepanjang K2K UCS 2023 berlangsung seperti:
1️⃣ Webinar Persediaan Kerjaya
2️⃣ Meet The Employer Session (MTES)
3️⃣ Pameran Kerjaya
4️⃣ Info Kerjaya
5️⃣ Peluang Pekerjaan & Latihan Industri
6️⃣ Ceramah Keusahawanan
7️⃣ Pitching Keusahawanan
8️⃣ Pameran Keusahawanan
Terdapat pelbagai Aktiviti Karnival Keusahawanan yang menyediakan :
🌮 Gerai Jualan
🏆 Sukan Luar
🧗🏻♀️ Sukan Lasak
🏹 Memanah
🐴 Berkuda
🗣️ Bicara Hikmah
🎶 Hiburan dan Kebudayaan
AYUH SERTAI kami bermula :
📆 13 -20 Mei 2023 di
📍 Dewan Serba Guna PFI & Kawasan Sekitar UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam
Sambutan World Orthodontic Health Day 2023 Peringkat Negeri Sabah
Aktiviti Amal
Tarikh : 14 May 2023
Hari : Ahad
Lokasi : Kota Kinabalu
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Nursyafika
Nombor Telefon : -
Email : nsyafikaabdkhalim@gmail.com
Laman Web: -
Harga Tiket : Percuma
Susunan gigi anda tidak teratur? Gigi depan terlalu ke depan hingga malu nak senyum dan mengunyah pun susah? Jangan risau! Bersempena World Orthodontic Health Day 2023 Peringkat Negeri Sabah, Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah akan mengadakan program kesedaran kesihatan pergigian ortodontik di The Oval Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu pada 14 Mei 2023, yang akan dirasmikan oleh Datuk Dr Rose Nani Binti Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri. Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pemeriksaan gigi, saringan keperluan ortodontik, pameran pergigian, permainan interaktif dan pertandingan yang menarik untuk semua pengunjung secara percuma! Kunjungi kami untuk mendapatkan rawatan terbaik bagi gigi anda!
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT TAHUN 2023
Pendidikan
Tarikh : 18 May 2023
Hari : Khamis
Lokasi : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
Target Penonton : Umum
Masa : 11.pagi - 11.10 pagi
Individu Untuk Dihubungi : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
Nombor Telefon : 0122747169
Email : zacklone_mlk@yahoo.com
Laman Web: www.perpustam.gov.my
Harga Tiket : PERCUMA
Kempen membaca nasional yang dianjurkan oleh PERPUSTAM di peringkat negeri Melaka ini akan berlangsung pada 18 Mei 2023 pada jam 11.00 - 11.10 pagi serentak di seluruh Malaysia.
Semua dijemput membaca bersama apa jua bahan bacaan dan dimana jua anda berada
Berikut adalah link penyertaan bagi Program Jom Baca Bersaam Untuk 10 Minit Tahun 2023
LRT 2023 - https://bit.ly/lrt2023
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2023
Pendidikan
Tarikh : 18 May 2023
Hari : Khamis
Lokasi : PNM TV Channel https://youtube.com/live/5qOmleEhyNA
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi-1.00 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : NORZEHAN RAZALI
Nombor Telefon : 0326871876
Email : norzehan_r@pnm.gov.my
Laman Web: https://www.pnm.gov.my/
Harga Tiket : Percuma
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 secara serentak pada 18 Mei 2023 (Khamis), pukul 10.00 pagi Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia secara atas talian menerusi platform PNM YOUTUBE TV Channel. Berikut adalah hebahan untuk program tersebut:
Jom sertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 secara serentak pada 18 Mei 2023 (Khamis), pukul 10.00 pagi Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Sebagai tanda sokongan, kongsikan gambar menarik suasana membaca dari lokasi anda di media sosial dan 'tag /mention' Perpustakaan Negara Malaysia.
Maklumat lanjut, layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.
3. Mohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menyiarkan hebahan tersebut di radio dan media sosial pihak tuan/puan. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Program Kesedaran COVID19 bersama Masyarakat Setempat
Kesihatan
Tarikh : 20 May 2023
Hari : Sabtu
Lokasi : Masjid Mukim Lalang, Kampung Kubang Dapat, Pasir Mas, Kelantan.
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : Mohd Ikhwan bin Mukhetar
Nombor Telefon : 09-7435504
Email : kelantan@redcrescent.org.my
Laman Web: www.kelantan.redcrescent.org.my
Harga Tiket : Percuma
Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan akan menjalankan Program Kesedaran COVID19 bersama Komuniti Setempat pada 20 Mei 2023 (Sabtu) bermula 9 pagi sehingga 12 tengah hari di Masjid Mukim Lalang, Kampung Kubang Dapat, 17000 Pasir Mas, Kelantan. Antara program yang akan dijalankan Pemeriksaan Kesihatan, Program Promosi Kebersihan untuk kanak-kanak & dewasa, Aktiviti Mewarna Kanak-kanak, Penilaian COVID-19 & Latihan Pertolongan Cemas & CPR. Program ini telah disokong oleh Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Bulan Sabit Merah (IFRC), Australian Aid dan Palang Merah Australia. Semua dijemput hadir.
PROGRAM WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL. 1/2023 : "TUMBUHAN HERBA DAN PERUBATAN: SUDUT PANDANG ILMU SAINS DAN AGAMA"
Pendidikan
Tarikh : 22 May 2023
Hari : Isnin
Lokasi : PNM TV Channel https://youtube.com/live/KSA2WXhfRZc
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi-12.00 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : NORZEHAN RAZALI
Nombor Telefon : 0326871876
Email : norzehan_r@pnm.gov.my
Laman Web: https://www.pnm.gov.my/
Harga Tiket : Percuma
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Program Wacana Manuskrip Melayu Bil. 1/2023 bertajuk "Tumbuhan Herba dan Perubatan: Sudut Pandang Ilmu Sains dan Agama” pada 22 Mei 2023 (Isnin), pukul 10.00 pagi hingga 12.45 tengah hari.
Anda dijemput untuk menyaksikan dan menyokong program ini secara langsung dalam talian menerusi platform PNM TV Channel
Maklumat lanjut layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.
ANUGERAH LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA
Lain-lain
Tarikh : 23 May 2023 -07 Jul 2023
Hari : Sabtu
Lokasi : ATAS TALIAN
Target Penonton : 18 Tahun ke atas
Masa : -
Individu Untuk Dihubungi : LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)
Nombor Telefon : 0388006268
Email : t.nabila@mbot.org.my
Laman Web: https://www.mbot.org.my/
Harga Tiket : PERCUMA
Bagi menghargai kejayaan dan sumbangan Teknologis dan Juruteknik dalam pembangunan negara dan industri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sedang membuka pencalonan anugerah dalam kategori berikut;
i. Anugerah Teknologis Negara
ii. Anugerah Juruteknik Negara
iii. MBOT Woman Leadership Award
Hantarkan percalonan melalui portal rasmi MBOT di www.mbot.org.my. Tarikh tutup ialah 7 Julai 2023.
EKSPO KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN (CEE) 2023
Lain-lain
Tarikh : 23 May 2023 -24 May 2023
Hari : Isnin, Selasa
Lokasi : Dewan Canselor Tun Abdul Razak, DECTAR UKM
Target Penonton : Umum
Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : MOHD ROSHIDI BIN MOHD RAZALI
Nombor Telefon : -0389214880
Email : edyrazali@ukm.edu.my
Laman Web: https://www.ukm.my/ukmkarier/ukmcee2023/
Harga Tiket : Percuma
ANDA MENCARI PEKERJAAN!!!
ANDA GRADUAN LEPASAN IPTA ATAU IPTS!!!
ANDA MENCARI TEMPAT LATIHAN INDUSTRI!!
Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat UKM-KARIER akan menganjurkan EKSPO KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN (CEE) 2023 secara kolaborasi bersama Pusat UKM-CESMED, I-KOM dan Yayasan Canselor UKM yang merupakan pusat di bawah Portfolio Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM). CEE 2023 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
📌 Tarikh : 23 & 24 Mei 2023
📌 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
📌 Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Terdapat lebih 50 syarikat dan 2000 peluang pekerjaan & latihan industri ditawarkan dari pelbagai industri yang disediakan khas buat SEMUA.
👨🏻💼 Sesi temuduga & Interaksi bersama majikan
📈 Sesi perkongsian mengenai kerjaya dan keusahawanan
📝 Semakan resume dan tip temuduga
🎁 Cabutan bertuah (komputer riba, pencetak, baucar e-wallet & lain-lain)
🫕 Bi$$iswa@CEE (20 gerai jualan Usahawan Siswa di tapak Parkir Dectar)
JUMPA ANDA DI SANA❤️
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL)
Pendidikan
Tarikh : 26 May 2023 -04 Jun 2023
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : Anis
Nombor Telefon : 0388846231 / 0198857934
Email : ukk@moe.gov.my
Laman Web: https://www.moe.gov.my/
Harga Tiket : Percuma
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) KEMBALI LAGI. PBAKL 2023 YANG MERUPAKAN PENGANJURAN EDISI KALI KE-40 AKAN MENAMPILKAN PELBAGAI ELEMEN KETERUJAAN. JOM TEMUI PENERBIT DAN PENULIS KEGEMARAN ANDA, DAPATKAN JUDUL-JUDUL BUKU TERKINI, DISKAUN TERBAIK SERTA AKTIVITI MENARIK DI PBAKL 2023, BERMULA 26 MEI HINGGA 4 JUN 2023.
PROGRAM KEMBARA ILMU
Karnival
Tarikh : 26 May 2023
Hari : Jumaat
Lokasi : PICCA Convention Centre@ Butterworth Arena, Pulau Pinang
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00-3.00ptg
Individu Untuk Dihubungi : NORZEHAN RAZALI
Nombor Telefon : 0326871876
Email : norzehan_r@pnm.gov.my
Laman Web: https://www.pnm.gov.my/
Harga Tiket : Percuma
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Program Kembara Ilmu sempena sambutan Minggu Perpaduan 2023 peringkat Negeri Pulau Pinang pada 26 Mei 2023. Program berkonsepkan ‘info hunt’ di mana para peserta yang terlibat dalam kembara ilmu akan mengembara di beberapa lokasi terpilih di sekitar negeri Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut layari media sosial PNM.
Jom datang beramai-ramai ke Sambutan Minggu Perpaduan yang akan dijalankan di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena pada 26 Mei 2023. Jumpa anda di sana.
KEMASUKAN KE PERDA-TECH SESI JULAI 2023
Pendidikan
Tarikh : 26 May 2023 -10 Jun 2023
Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Lokasi : INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Target Penonton : 18 Tahun ke atas
Masa : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
Individu Untuk Dihubungi : MUHAMMAD FAEEZ BIN SALLEH
Nombor Telefon : 04-5991100
Email : norhanani@perda.gov.my
Laman Web: www.perda-tech.edu.my
Harga Tiket : PERCUMA
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH) TELAH MEMBUKA PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU SESI JULAI 2023,TERDAPAT 8 KURSUS KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN PERINGKAT SIJIL & DIPLOMA YANG DIIKTIRAF OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) & MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA).
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PERDA-TECH :
Yuran pengajian PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)
Elaun sara diri – RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)
Penginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)
Untuk makluman lanjut program yang ditawarkan, sila layari laman web (www.perda-tech.edu.my)
#JomMasukPERDATECH
#PengambilanSesiJulai2023
#PERDA
#InstitutKemahiranTinggiPERDA
#TVETKKDW
Pertandingan Video Pendek: Yes! We Can End TB
Kesihatan
Tarikh : 26 May 2023
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Tidak berkaitan
Target Penonton : Umum
Masa : Tidak berkaitan
Individu Untuk Dihubungi : Siti Nurulismah
Nombor Telefon : -
Email : skp.pkpj@gmail.com
Laman Web: https://sites.google.com/view/pertandinganvideo-wecanendtb/home
Harga Tiket : Tidak berkaitan
Pertandingan ini diadakan sempena Sambutan Hari Tibi & Kusta Peringkat Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) Tahun 2023. Tarikh tutup penyertaan pada 13 Jun 2023. Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook Pejabat Kesihatan WP Putrajaya atau https://sites.google.com/view/pertandinganvideo-wecanendtb/home
PROGRAM SCHOOL’S OUT KIDS IN 2023 SIRI 2 (SOKI) DI PUSAT SAINS NEGARA
Karnival
Tarikh : 30 May 2023 -31 May 2023
Hari : Selasa, Rabu
Lokasi : PUSAT SAINS NEGARA, BUKIT KIARA KUALA LUMPUR
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : HAFIZAH MUHAMAD KHER
Nombor Telefon : 0320893401
Email : psn@psn.gov.my
Laman Web: https://www.psn.gov.my/
Harga Tiket : PERCUMA kecuali pameran bertema
Jom sertai SOKI 2023 Siri 2 (School’s Out Kids In) Pusat Sains Negara pada 30-31 Mei 2023. Sempena cuti sekolah, Pusat Sains Negara (PSN) menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk semua. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Sains Show, Jejak Sains, Dino Hunt, Origami Satelit, Mini Planetarium dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk ke PSN Kuala Lumpur dan Cawangan Wilayah Utara. Masuk adalah PERCUMA (kecuali pameran bertema)!
Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook atau portal rasmi Pusat Sains Negara.
Astro Kem Badminton
Sukan
Tarikh : 31 May 2023 -22 Jul 2023
Hari :
Lokasi :
Target Penonton :
Masa :
Individu Untuk Dihubungi :
Nombor Telefon :
Email :
Laman Web:
Harga Tiket :
[CMSAbstractTransformation.DataBind]: Object reference not set to an instance of an object.