Destinasi Nasyid Anda
Pesta Angin Timur Perlis 2026 kembali memeriahkan negeri Perlis dengan pelbagai aktiviti budaya dan komuniti. Antara tarikan utama termasuk permainan tradisional, persembahan silat, arca jerami, pameran warisan, serta gerai makanan tempatan. Festival ini meraikan fenomena Angin Timur yang unik dan kehidupan masyarakat bendang, menjadikannya acara ikonik pelancongan Perlis sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Pesta ini sesuai untuk seisi keluarga dan pencinta budaya tempatan.
Mak ayah yang cari aktiviti menarik untuk anak-anak di hujung minggu, jom ke Karnival Usahawan Cilik pada 7 Februari di SACC Mall, Shah Alam. Pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti booth jualan kanak-kanak, pertandingan mewarna, chef cilik dan sesi live pitching oleh kanak-kanak. Masuk adalah percuma, sesuai untuk seisi keluarga.
KARNIVAL TEKNOLOGI & KREATIVITI JTM 2026 KEMBALI LAGI PADA 11-12 FEBRUARI 2026 DI ADTEC JTM KAMPUS TAIPING. PELBAGAI AKTIVITI BERLANGSUNG SEPERTI PAMERAN TVET & INDUSTRI, PERTANDINGAN INOVASI, KARNIVAL KERJAYA (PERKESO), EKSPLORASI TVET, KHIDMAT KOMUNITI, GERAI JUALAN USAHAWAN, POCKET TALK, JUALAN RAHMAH & FOOD TRUCK DAN BANYAK LAGI. MASUK PERCUMA, JOM DATANG BERAMAI-RAMAI.