PENGAMBILAN KEMASUKAN BARU KURSUS TVET BIDANG MARITIM & PERKAPALAN
  Pendidikan
  
  
  Tarikh :  01 Oct 2025  -30 Nov 2025 
  
Hari :    Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
  
Lokasi :  BATANG KALI
  
Target Penonton :    18 Tahun ke atas
  
Masa :    8.00 pagi - 5.00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    Shahida Aina Binti Mohamad
  
Nombor Telefon :    011-26010334
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: www.pelitaakademi.com
  
Harga Tiket :    Mengikut jenis kursus yang dipilih
  
 •	Nama Program: KURSUS TVET BIDANG MARITIM DAN PERKAPALAN
•	PELITA AKADEMI SDN. BHD. (PUSAT BERTAULIAH TVET)
•	Lokasi: No. 58, Jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, Ligamas, 44300 Batang Kali, Selangor
•	Tarikh pengambilan: 01 Oktober 2025 hingga 30 November 2025
•	Sasaran Peserta: Lelaki berumur 18–35 tahun, sihat tubuh badan, TIDAK buta warna dan berminat untuk bekerja dalam bidang maritim atau perkapalan.
•	Hubungi: 011-2601 0334
•	Laman Web: www.pelitaakademi.com
Kursus-kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan latihan jangka pendek. Antaranya adalah kursus 7 minggu, 9 minggu atau 6 bulan yang berasaskan kemahiran sebenar industri maritim, dengan silibus yang menepati keperluan semasa TVET Malaysia dan menjadi batu loncatan ke arah kerjaya dalam sektor maritim dan perkapalan.
Setiap pelatih LAYAK mendapatkan PINJAMAN PENUH daripada PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK).
Setiap pelatih akan memperoleh sijil yang diiktiraf JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN dan sijil-sijil  modular STCW yang diiktiraf JABATAN LAUT MALAYSIA serta layak untuk bekerja diatas kapal SELURUH DUNIA.
  
  
  
 
  Sidang Aktuari 2025
  Pendidikan
  
  
  Tarikh :  01 Nov 2025    
  
Hari :    Sabtu
  
Lokasi :  Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  
Target Penonton :    18 Tahun ke atas
  
Masa :    8:00 pagi - 5:00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    Sarah
  
Nombor Telefon :    -
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: apu.edu.my
  
Harga Tiket :    Percuma
  
 Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) dengan kerjasama Institute and Faculty of Actuaries (IFoA), United Kingdom, dengan sukacitanya akan mengadakan Sidang Kemuncak Aktuari 2025, bertemakan “Memajukan Kecemerlangan Aktuari untuk Masa Depan Lestari”
🗓️ 1hb November 2025 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.30 petang
📍 Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Technology Park Malaysia, Bukit Jalil
🔖 Dirasmikan oleh : YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABDUL KADIR (MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA)
Aktiviti yang akan dijalankan:
1)	Datathon Aktuari
2)	Perbincangan Panel Mengenai Risiko Iklim
3)	Forum oleh Ahli Panel Industri
4)	Pameran Kerjaya Aktuari
Sidang Aktuari ini menjanjikan perhimpunan lebih 600 hadirin, menghimpunkan pelajar, pendidik, alumni, pemimpin dan wakil industri, dan profesional dari komuniti aktuari, termasuk peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bersama beberapa Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
Acara ini turut ditaja oleh Persatuan Aktuari Malaysia dan Etiqa.
Orang ramai dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman media sosial kami di Facebook dan IG Asia Pacific University.
Pendaftaran adalah percuma, sila daftar kehadiran anda:
https://bit.ly/TheActuarialSummit
  
  
  
 
  Projek Dengar Rakan Muda
  Lain-lain
  
  
  Tarikh :  01 Nov 2025    
  
Hari :    Sabtu
  
Lokasi :  The Square, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    10.00 pagi hingga 2.00 petang  
  
Individu Untuk Dihubungi :    Sarah Hanani binti Ahmad Tajuddin Fazikrilhakim
  
Nombor Telefon :    03 8871 3000
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: https://www.kbs.gov.my/
  
Harga Tiket :    Percuma
  
 Jom sertai Projek Dengar Rakan Muda! 
Platform sokongan emosi dan sosial secara percuma untuk semua belia. Bertempat di The Square, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, setiap Sabtu minggu pertama bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
 
Terdapat tiga sesi menarik yang akan diadakan pada 1 November 2025, 6 Disember 2025, dan 3 Januari 2026.
Ayuh, datang beramai-ramai untuk berkongsi cerita, mendapatkan sokongan, dan sertai pelbagai aktiviti interaktif bersama komuniti Rakan Muda dengan rakan strategik serta golongan pakar yang terpilih.
Inisiatif ini dibawakan khas oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara, dengan kerjasama Publika, HELP University dan Befrienders Kuala Lumpur.
#KamiSediaMendengar!
Untuk maklumat lanjut, sila layari kbs.gov.my. atau ikuti media sosial @kbsmalaysia
  
  
  
 
  DRAMATARI MISTERI 7 SYARAT
  Seni & Hiburan
  
  
  Tarikh :  01 Nov 2025    
  
Hari :    Sabtu
  
Lokasi :  MYDIN MALL MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    2.00 petang - 5.00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    Nurazlin binti Mazene
  
Nombor Telefon :    07-2248270 / 2231249
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: www.jkkn.gov.my
  
Harga Tiket :    MASUK PERCUMA
  
 Saksikan pementasan teater Dramatari “Misteri 7 Syarat” dari kisah lagenda Puteri Gunung Ledang sempena program Colours of Malaysia 2025 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor yang akan dipentaskan pada 1 November 2025 (Sabtu) bertempat di Mydin Mall Mutiara Rini, Johor Bahru jam 2.00 petang. Masuk adalah PERCUMA ! Semua dijemput hadir.
  
  
  
 
  PROFESSIONAL DEVELOPMENT OPEN DAY
  Lain-lain
  
  
  Tarikh :  07 Nov 2025  -08 Nov 2025 
  
Hari :    Jumaat, Sabtu
  
Lokasi :  Unity Building, MAHSA University
  
Target Penonton :    18 Tahun ke atas
  
Masa :    9.00 pagi - 5.00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    Roseanisya
  
Nombor Telefon :    0351022200
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: https://mahsa.edu.my/
  
Harga Tiket :    Percuma
  
 EMPOWER, ENHANCE, AND EXCEL ! ✨
Temui peluang di MAHSA Professional Development Open Day. Berhubung, belajar, dan kembangkan kerjaya anda bersama kami. 
Jumpa anda pada 7 dan 8 November untuk temuduga secara terbuka! 🚀
#MAHSAUniversity #LifelongLearning #CareerOpportunities #ProfessionalDevelopment
  
  
  
 
  Program Apresiasi OKU 2025
  Pendidikan
  
  
  Tarikh :  08 Nov 2025    
  
Hari :    Sabtu
  
Lokasi :  Balai Seminar Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    8.00 pagi- 2.00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    Mahfuzah Ahmad Mokhtar
  
Nombor Telefon :    03- 9289 7263/ 019-2235750
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: -
  
Harga Tiket :    PERCUMA
  
 Bersempena dengan Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia 2025, satu program istimewa akan dianjurkan bagi meraikan keunikan, bakat dan potensi golongan OKU dalam dunia kesusasteraan dan bahasa. Program ini terbuka kepada semua golongan masyarakat, Program ini menampilkan tiga aktiviti menarik:
✨Wacana interaktif penulisan kreatif 
✨Wacana interaktif translasi braille karya sasterawan negara 
✨Wacana interaktif deklamasi bahasa isyarat
🔥Anda juga berpeluang menerbitkan karya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Program ini akan dirasmikan oleh YB Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan Negara.
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang di
👉 https://forms.gle/JwoF6ZEyQPsCAmfDA 
Masuk adalah PERCUMA.
  
  
  
 
  Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 
  Karnival
  
  
  Tarikh :  08 Nov 2025  -09 Nov 2025 
  
Hari :    Ahad, Sabtu
  
Lokasi :  Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    8.00 pagi - 10.00 malam
  
Individu Untuk Dihubungi :    Norlida
  
Nombor Telefon :    03-83231102
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: https://www.kpwkm.gov.my/
  
Harga Tiket :    PERCUMA
  
 Raikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya pada 8 dan 9 November ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Ayuh sertai kami eratkan KASIH keluarga dan cipta bahagia bersama!
  
  
  
 
  KARNIVAL KEUSAHAWANAN SK MINDEN HEIGHT
  Karnival
  
  
  Tarikh :  08 Nov 2025    
  
Hari :    Sabtu
  
Lokasi :  SK MINDEN HEIGHT
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    7:30 pagi - 1:30 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON
  
Nombor Telefon :     04-6570507 
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/skmindenheight/laman-utama
  
Harga Tiket :    Masuk Percuma
  
 Karnival Keusahawanan SK Minden Height merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang asas keusahawanan melalui aktiviti praktikal seperti pengurusan jual beli, promosi, kreativiti pemasaran dan kerja berpasukan.
Selain itu, karnival ini juga berfungsi sebagai usaha mengumpul dana sekolah bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan dan pembangunan sekolah. Penglibatan ibu bapa serta komuniti setempat dalam karnival ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan masyarakat.
Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang Karnival Keusahawanan SK Minden Height seperti gerai jualan makanan, minuman dan produk kreatif yang dikendalikan oleh murid, guru serta PIBG. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, persembahan murid dan busking. Di samping itu, aktiviti komuniti seperti pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan & swasta turut diadakan.
  
  
  
 
  Jom Penang Sihat
  Kesihatan
  
  
  Tarikh :  08 Nov 2025    
  
Hari :    Sabtu
  
Lokasi :  Dewan Terbuka, Rumah Berhala Leng Seng Tong
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    09.00 pagi - 02.00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    Mohamad Syahridzal bin Sobri
  
Nombor Telefon :    01151135843
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: https://www.medilife.com.my/
  
Harga Tiket :    PERCUMA
  
 Jom sertai program Jom Penang Sihat pada Sabtu, 8 November 2025, bertempat di Dewan Terbuka, Rumah Berhala Leng Seng Tong, Butterworth, Pulau Pinang dari jam 9 pagi hingga 2 petang anjuran Klinik Medilife Butterworth.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, termasuk:
✅ Pemeriksaan kesihatan Percuma – BMI, lemak badan, glukosa & tekanan darah
✅ Taklimat kesihatan Mental Health & Wellness bersama doktor pakar Klinik Medilife
✅ Latihan CPR percuma bersama Vitalfour Medical
✅ Kiosk PERKESO serta pelbagai perkhidmatan kesihatan lain
Program ini akan dirasmikan oleh YB Phee Syn Tze, ADUN Sungai Puyu.
Jangan lepaskan peluang – bawa keluarga anda dan sertai Jom Penang Sihat, kerana kesihatan adalah aset paling berharga.
  
  
  
 
  𝐅𝐔𝐍 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐁𝐀𝐁𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃𝐋𝐘 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐈𝐓𝐈𝐀𝐓𝐈𝐕𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓
  Aktiviti Amal
  
  
  Tarikh :  22 Nov 2025    
  
Hari :    Sabtu
  
Lokasi :  Adda Heights Town Park, Johor Bahru
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    7.00 pagi - 1.00 tengah hari
  
Individu Untuk Dihubungi :    Nurain binti Zainee
  
Nombor Telefon :    07-3565000
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: https://jknjohor.moh.gov.my/hsi/
  
Harga Tiket :    RM 55 untuk 13 tahun ke atas. PERCUMA untuk 12 tahun ke bawah
  
 Hospital Inisiatif Rakan Bayi, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akan mengadakan "Fun Walk Baby Friendly Hospital Initiative 2025" pada 22 November 2025 (Sabtu) di Adda Heights Town Park, Johor Bahru mulai jam 7.00 pagi. Layari https://www.facebook.com/hospitalsultanismailjb untuk maklumat lanjut.
  
  
  
 
  Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025
  Pendidikan
  
  
  Tarikh :  28 Nov 2025  -07 Dec 2025 
  
Hari :    Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
  
Lokasi :  Pusat Konvensyen Setia CIty
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    10.00 pagi -10.00 malam
  
Individu Untuk Dihubungi :    Norhasdiana Anwar
  
Nombor Telefon :    0355197667
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: https://sibf.my
  
Harga Tiket :    PERCUMA
  
 PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2025 (SIBF 2025)
Tarikh:  28 Nov – 7 Dis 2025
Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)
Tempat: Setia City Convention Centre, Dewan 1 & 2, Shah Alam
Terokai ribuan judul, bertemu penerbit & penulis, sertai bual bicara, bengkel dan aktiviti mesra keluarga.
🎁 Cabutan Bertuah Harian: RM500 untuk 10 pemenang setiap hari. Setiap perbelanjaan RM30 = 1 penyertaan.