PENGAMBILAN KEMASUKAN BARU KURSUS TVET BIDANG MARITIM & PERKAPALAN
Pendidikan
Tarikh : 01 Oct 2025 -30 Nov 2025
Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Lokasi : BATANG KALI
Target Penonton : 18 Tahun ke atas
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Shahida Aina Binti Mohamad
Nombor Telefon : 011-26010334
Email : [email protected]
Laman Web: www.pelitaakademi.com
Harga Tiket : Mengikut jenis kursus yang dipilih
• Nama Program: KURSUS TVET BIDANG MARITIM DAN PERKAPALAN
• PELITA AKADEMI SDN. BHD. (PUSAT BERTAULIAH TVET)
• Lokasi: No. 58, Jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, Ligamas, 44300 Batang Kali, Selangor
• Tarikh pengambilan: 01 Oktober 2025 hingga 30 November 2025
• Sasaran Peserta: Lelaki berumur 18–35 tahun, sihat tubuh badan, TIDAK buta warna dan berminat untuk bekerja dalam bidang maritim atau perkapalan.
• Hubungi: 011-2601 0334
• Laman Web: www.pelitaakademi.com
Kursus-kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan latihan jangka pendek. Antaranya adalah kursus 7 minggu, 9 minggu atau 6 bulan yang berasaskan kemahiran sebenar industri maritim, dengan silibus yang menepati keperluan semasa TVET Malaysia dan menjadi batu loncatan ke arah kerjaya dalam sektor maritim dan perkapalan.
Setiap pelatih LAYAK mendapatkan PINJAMAN PENUH daripada PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK).
Setiap pelatih akan memperoleh sijil yang diiktiraf JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN dan sijil-sijil modular STCW yang diiktiraf JABATAN LAUT MALAYSIA serta layak untuk bekerja diatas kapal SELURUH DUNIA.
Sidang Aktuari 2025
Pendidikan
Tarikh : 01 Nov 2025
Hari : Sabtu
Lokasi : Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
Target Penonton : 18 Tahun ke atas
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Sarah
Nombor Telefon : -
Email : [email protected]
Laman Web: apu.edu.my
Harga Tiket : Percuma
Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) dengan kerjasama Institute and Faculty of Actuaries (IFoA), United Kingdom, dengan sukacitanya akan mengadakan Sidang Kemuncak Aktuari 2025, bertemakan “Memajukan Kecemerlangan Aktuari untuk Masa Depan Lestari”
🗓️ 1hb November 2025 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.30 petang
📍 Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Technology Park Malaysia, Bukit Jalil
🔖 Dirasmikan oleh : YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABDUL KADIR (MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA)
Aktiviti yang akan dijalankan:
1) Datathon Aktuari
2) Perbincangan Panel Mengenai Risiko Iklim
3) Forum oleh Ahli Panel Industri
4) Pameran Kerjaya Aktuari
Sidang Aktuari ini menjanjikan perhimpunan lebih 600 hadirin, menghimpunkan pelajar, pendidik, alumni, pemimpin dan wakil industri, dan profesional dari komuniti aktuari, termasuk peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bersama beberapa Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
Acara ini turut ditaja oleh Persatuan Aktuari Malaysia dan Etiqa.
Orang ramai dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman media sosial kami di Facebook dan IG Asia Pacific University.
Pendaftaran adalah percuma, sila daftar kehadiran anda:
https://bit.ly/TheActuarialSummit
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SK MINDEN HEIGHT
Karnival
Tarikh : 08 Nov 2025
Hari : Sabtu
Lokasi : SK MINDEN HEIGHT
Target Penonton : Umum
Masa : 7:30 pagi - 1:30 petang
Individu Untuk Dihubungi : MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON
Nombor Telefon : 04-6570507
Email : [email protected]
Laman Web: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/skmindenheight/laman-utama
Harga Tiket : Masuk Percuma
Karnival Keusahawanan SK Minden Height merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang asas keusahawanan melalui aktiviti praktikal seperti pengurusan jual beli, promosi, kreativiti pemasaran dan kerja berpasukan.
Selain itu, karnival ini juga berfungsi sebagai usaha mengumpul dana sekolah bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan dan pembangunan sekolah. Penglibatan ibu bapa serta komuniti setempat dalam karnival ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan masyarakat.
Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang Karnival Keusahawanan SK Minden Height seperti gerai jualan makanan, minuman dan produk kreatif yang dikendalikan oleh murid, guru serta PIBG. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, persembahan murid dan busking. Di samping itu, aktiviti komuniti seperti pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan & swasta turut diadakan.
Jom Penang Sihat
Kesihatan
Tarikh : 08 Nov 2025
Hari : Sabtu
Lokasi : Dewan Terbuka, Rumah Berhala Leng Seng Tong
Target Penonton : Umum
Masa : 09.00 pagi - 02.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Mohamad Syahridzal bin Sobri
Nombor Telefon : 01151135843
Email : [email protected]
Laman Web: https://www.medilife.com.my/
Harga Tiket : PERCUMA
Jom sertai program Jom Penang Sihat pada Sabtu, 8 November 2025, bertempat di Dewan Terbuka, Rumah Berhala Leng Seng Tong, Butterworth, Pulau Pinang dari jam 9 pagi hingga 2 petang anjuran Klinik Medilife Butterworth.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, termasuk:
✅ Pemeriksaan kesihatan Percuma – BMI, lemak badan, glukosa & tekanan darah
✅ Taklimat kesihatan Mental Health & Wellness bersama doktor pakar Klinik Medilife
✅ Latihan CPR percuma bersama Vitalfour Medical
✅ Kiosk PERKESO serta pelbagai perkhidmatan kesihatan lain
Program ini akan dirasmikan oleh YB Phee Syn Tze, ADUN Sungai Puyu.
Jangan lepaskan peluang – bawa keluarga anda dan sertai Jom Penang Sihat, kerana kesihatan adalah aset paling berharga.
Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025
Pendidikan
Tarikh : 28 Nov 2025 -07 Dec 2025
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Pusat Konvensyen Setia CIty
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi -10.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : Norhasdiana Anwar
Nombor Telefon : 0355197667
Email : [email protected]
Laman Web: https://sibf.my
Harga Tiket : PERCUMA
PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2025 (SIBF 2025)
Tarikh: 28 Nov – 7 Dis 2025
Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)
Tempat: Setia City Convention Centre, Dewan 1 & 2, Shah Alam
Terokai ribuan judul, bertemu penerbit & penulis, sertai bual bicara, bengkel dan aktiviti mesra keluarga.
🎁 Cabutan Bertuah Harian: RM500 untuk 10 pemenang setiap hari. Setiap perbelanjaan RM30 = 1 penyertaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi
03-9543 8888 atau lawati
zayan.syok.my
Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara, sila e-mel kepada kami di
[email protected] atau faksimili di talian
03-9543 5675.
Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.